Connect with us

Oh! Media

Orang Kelantan Paling Ramai Pilih Helikopter Balik Raya – Sewaan Mencecah RM30 Ribu Sehala

Oh! Lifestyle

Orang Kelantan Paling Ramai Pilih Helikopter Balik Raya – Sewaan Mencecah RM30 Ribu Sehala

Memang seronok apabila setiap tahun kita akan dapat berkumpul bersama keluarga pulang ke kampung dan menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri dan setiap tahun juga sudah menjadi kebiasaan kepada kita semua untuk menghadapi kesesakan lalu lintas, terutama kepada mereka yang pulang ke pantai timur.

ADVERTISEMENT

Tapi apa yang korang tidak tahu, selain daripada merancang perjalanan untuk mengelak kesesakan lalu lintas, ada lagi cara lain yang sering digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk mengelak kesesakan jalan raya ini.

Apa kaedah lain tu? Aha inilah dia perkhidmatan udara iaitu helikopter dan tahun ini, kira-kira 20 buah helikopter telah disediakan bagi perkhidmatan ‘Balik Raya Elek Jem’ di musim perayaan Aidilfitri.

Hazmi Dimasyq Group, Hazmi Hanipa merupakan pemilik syarikat perkhidmatan ini berkata ia merupakan kali pertama dilakukan dan telah mendapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

“Penerbangan pertama bermula pada 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.

“Kita menyediakan lebih 20 buah helikopter untuk musim raya ini manakala penerbangan hari biasa melibatkan enam buah sahaja,” katanya.

Setakat ini juga memang dapat dilihat bilangan pelanggan yang ingin pulan ke Kelantan paling mendapat banyak sambutan apabila dikatakan sebanyak empat penerbangan ke Kelantan yang menggunakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang.

“Untuk penerbangan enam penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.

“Alhamdulillah, melihat kepada permintaan, kita akan meneruskan perkhidmatan ini untuk musim-musim perayaan seterusnya,” katanya.

Bukan biasa-biasa rakyat Malaysia ni. Ada siapa-siapa nak belanja kami pulan ke kampung tak?huhu

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas