Connect with us

Oh! Media

Oppo R9 Cantik Menarik Tertarik

Umum

Oppo R9 Cantik Menarik Tertarik

ADVERTISEMENT
Syarikat pengeluar telefon terkemuka, Oppo telah menyatakan model terbaru R9 dan R9 Plus akan dilancarkan pertengahan bulan Mac ini. Mereka telah memberi sedikit informasi berkenaan reka bentuk dan spesifikasi telefon ini.
Antara ciri-ciri model Oppo R9 adalah saiz skrin sebesar 5.5 inci AMOLED dan resolusi 1080p. Oppo R9 Plus pula, dari segi saiz skrin agak besar sedikit iaitu 6 inci. Untuk cip pemprosesan pula, R9 datang dengan 1.95GHZ octa-core Helio X10 dan R9 Plus mempunyai 1.8GHZ octa-core Snapdragon 600. Untuk saiz RAM, kedua-dua model mempunyai saiz RAM yang sama iaitu, 4GB RAM. Saiz stor data agak ketara, dengan R9 hanya mempunyai 32GB simpaan dalaman dan R9 Plus mempunyai 64GB simpanan dalaman.
Kedua-dua model mempunyai kamera 16MB dan dwi Flash. Oppo R9 agak tipis dari segi ketebalan iaitu 6.5mm, oleh sebab itu ia datang dengan bateri 2850mAh. Kita lihat Oppo R9 Plus pula, saiz ketebalan sebanyak 7.4mm dan bateri bersaiz 4120mAh.
Untuk harga pula, sememangnya tidak sebegitu murah, oleh kerana jenama dan kualitinya yang tersendiri. Kita tunggu harga rasmi dari pihak Oppo ya. Terima kasih kerana melayari Oh Geekz

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas