Connect with us

Oh! Media

OPPO F9 Hadir Ke Pasaran Malaysia Dengan VOOC Flash Charge Dan Harga Mampu Milik Dibawah RM1,400

Branded

OPPO F9 Hadir Ke Pasaran Malaysia Dengan VOOC Flash Charge Dan Harga Mampu Milik Dibawah RM1,400

OPPO F9 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama sahaja lagi. Dengan lambakan pelbagai jenis smartphones di pasaran ketika ini, berikut adalah antara perkara unik dan menarik pada OPPO F9 ini untuk korang jadikan sebagai salah satu pilihan.

1. Kamera Yang Sangat Power!

Semua tahu smartphones OPPO mampu menghasilkan gambar yang sangat cantik dan berkualiti melalui kamera mereka dan OPPO F9 tidak terkecuali.

Dilengkapi dengan dual-kamera di belakang pada saiz 16MP+2MP, kamera pada OPPO F9 ini mampu menghasilkan gambar portrait mode yang sangat artistik. Dengan portrait mode, ianya akan buat gambar korang lebih stand out biarpun ditempat yang sesak dengan orang

Dulu pula, selfie sangat sinonim dengan kaum wanita tapi sekarang ni boleh kata semua orang tak kira lelaki atau perempuan suka selfie! Sekali lagi, OPPO sentiasa menjadi pilihan untuk korang yang suke selfie kerana kameranya yang mampu menjadikan muka korang lebih cantik dari biasa (fungsi ini boleh ditutup kalau nak hasil gambar muka korang natural).

Kamera hadapan OPPO F9 menggukan kamera bersaiz 25MP dan dilengkapi pula dengan features seperti A.I Beauty 2.1 yang menghasilkan gambar wajah korang sangat cantik seperti telah di make-up! Kalau tak puas hati lagi dengan hasilnya, korang juga boleh edit lagi mana part-part tertentu sampailah puas hati!

2. VOOC Flash Charge! 

OPPO F9 lengkap dengan fungsi VOOC Flash Charge yang membolehkan phone di charge pada kadar 4x lebih laju dari menggunakan charger biasa. Caj 5 minit dah cukup untuk buat call selama 2 jam! Dengan 5 lapis tahap keselamatan pada VOOC Flash Charge ni ianya mengekalkan status OPPO sebagai smartphones yang berkualiti dan selamat. Untuk rekod, hanya 1 sahaja dari 1 Billion pengeluaran smartphone OPPO yang defect.

3. Hadir Dengan Gradient Color dan Waterdrop Screen!

Waterdrop inspired screen pada OPPO F9 membolehkan smartphones ini lengkap dengan skrin 6.3-inci dengan rekaan skrin penuh 90.8% screen-to-body ratio, sekaligus menjadikan pengalaman menggunakannya lebih menarik. Rekaan seperti ini wujud kerana kemampuan OPPO memuatkan pelbagai sensor tersorok di bawah skrin.

OPPO F9 datang dalam 2 warna pilihan iaitu Sunrise Red (gabungan merah dan ungu), dan juga Twilight Blue (gabungan hitam dan biru). Pemilihan warna ini adalah inspirasi dari alam. Tidak cukup dengan itu, terdapat sejenis pattern berbentuk kelopak bunga yang menjadikan OPPO F9 kelihatan unik dan lain dari lain sekaligus memberikan imej eksklusif kepada pemiliknya.

Ada banyak lagi features yang menarik pada OPPO F9 yang akan kita ketahui pada hari pelancarannya di Malaysia pada 16 Ogos 2018 ini, jam 4 petang.

Neelofa dan penyanyi popular Taiwan, Eric Chou yang dilantik sebagai duta untuk OPPO F9 akan berada pada majlis pelancaran tersebut nanti.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang fungsi OPPO F9 ini, korang boleh tengok majlis pelancaran OPPO F9 ini yang boleh ditonton secara langsung dari Facebook OPPO ataupun Youtube OPPO Malaysia. Tapi ingat, kalau nak menang OPPO F9 secara percuma, korang kena tengok livestream di Facebook OPPO tau!

OPPO F9 boleh di’preorder di website OPPO Malaysia selepas sahaja majlis pelancarannya nanti dan pembeli akan menerima hadiah eksklusif OPPO berharga RM299.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas