Connect with us

Oh! Media

ONAGOFly, mini-drone berkeupayaan tinggi

Umum

ONAGOFly, mini-drone berkeupayaan tinggi

ONAGOFly, mini-drone berkeupayaan
tinggi
.
Bila kita bercakap tentang drone,
sudah pastinya akan terbahagi kepada 2 jenis. Salah satunya drone mini dan juga
saiz besar yang agak “pricey”. ONAGoFly, jenis drone mini terbaru mencuba untuk
mengisi ruang di antara jurang mini drone dan drone saiz besar. Ia quadcopter
yang bersaiz tapak tangan, mampu menawarkan video HD, fungsi “Obstacle Avoidance”
dan mode “Follow Me”.
Seperti beberapa drone2 lain,
ONAGoFly juga berupaya untuk dikawal dengan menggunakan iOS atau Android smartphone
via Wifi, yang boleh beoperasi sejauh 20 meter (66ft). Ia juga boleh beroperasi
secara automatik dengan GPS. Terbang sendiri? Seronok kan jika ada drone tengah
terbang atas kepala anda sambal kita naik basikal, berjalan, main Hoverboard
dan aktiviti lain2.
Fungsi “Obstacle Avoidance” tu
apa? Fungsi ini pulak kalau ade halangan di setiap sudut semasa drone sedang
terbang, ia akan mengelak halangan tersebut. Bagaimana ia berlaku? Drone ini
dilengkapi dengan 360 darjah sensor yang akan mengelak sebarang halangan
sejarak 20cm pada setiap sudut. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan fungsi
take-off dan landing secara automatik. Bukan itu sahaja, drone ini boleh
kembali ke tempat asal ia mula terbang melalui fungsi Return Home. Dah tak
perlu risau drone hilang di awangan lepas ni.
Sistem kamera yang terdapat pada
drone ini pula, agak moderate tapi tidak menghampakan. Ia boleh merakam video
1080p/30fps dengan kamera 15MP. Rakaman video akan distabilkan secara
digital-yang bermaksud kualiti gambar tidak secantik kamera yang menggunakan
gimbal atau rubber camera-isolating bumpers. Video dirakam akan disimpan terus
di dalam kad memori yang terdapat di dalam drone. Selain itu, video juga boleh
disiarkan secara live dengan menggunakan FPV Flying.
Kamera ini juga boleh detect auto
smile apabila kita selfie. Sistem kamera boleh trace orang dalam gambar mane tengah
senyum ke, masam ke, sedih ke hati2 la ye. Hehehe..
Drone ini boleh dicas menggunakan
USB dengan saiz bateri 1000-mAH. Jika terbang tanpa video, ia dapat beroperasi
selamat 15 minit. Kalau record video, 12 minit masa maksimum penerbangan. Ia
juga boleh terbang secara statik jika had maksimum kelajuan angin 3.3meter
sesaat.
Berapa harga?
Kemungkinan harga retailer akan
dijual pada harga RM 12++.00 seunit
 Ehsan dari ONAGo, Youtube.

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas