Connect with us

Oh! Media

Omate Yumi Robot Yang Mampu Bercakap Bahasa Alexa

Umum

Omate Yumi Robot Yang Mampu Bercakap Bahasa Alexa

Pada masa kini telah banyak syarikat-syarikat teknologi yang cuba untuk menghasilkan robot mereka sendiri. Seperti robot ASUS, Zenbo bukanlah satu-satunya robot yang anda boleh lihat dalam market sekarang. Anda pasti akan sedar pada masa akan datang persekitaran kita akan dipenuhi dengan banyak mesin daripada manusia.

Kita boleh menyenaraikan robot dan peralatan smart home yang sudah ada di pasaran tetapi hari ini kami ingin memberi tumpuan kepada produk baru di dalam pasaran dari Omate. Jenama ini adalah lebih popular untuk smartwatches khusus dari wanita dan kanak-kanak hingga golongan yang berumur. Baru-baru ini, syarikat itu telah bekerjasama dengan Amazon untuk mengintegrasikan Alexa kepada Rise Omate Carbon Fiber Limited Edition. Kali ini, usaha Omate untuk masuk ke dalam suasana smart home dengan memperkenalkan Yumi. Robot yang kelihatan sama dengan Zenbo dan mungkin mereka adalah kembar.

ADVERTISEMENT

Yumi beroperasi menggunakan Omate 1.0 berasaskan Android yang di gabungkan dengan Amazon Alexa. Ia dilengkapi dengan 5-inch HD display with 720 x 1280 pixel resolution, Ultra pixel camera, 1GB RAM, 8GB onboard storage, volume touch sensor, dual stereo speakers, USB, HDMI port, dan 3500Ah battery. Design yang sangan menarik dan bijak, ia kelihatan premium dan tambahan pula disaluti UV, ambient LED ring pada bahagian perutnya dan ambient LED di bahagian belakang kepalanya, Arkamsys Certified menjadi speakers deliver audio manakala port sambungan ditemui di bahagian belakang.

Sama seperti Zenbo, anda boleh meminta Yumi buat apa sahaja untuk anda. Ia disokong oleh pembantu suara Alexa. Kita mungkin keliru bukan? Terpulang pada anda sama ada Yumi atau Alexa. Mari kita lihat persamaan antara Zenbo dan Yumi. Zenbo kelihatan seperti seorang perempuan yang mempunyai mata mengairahkan manakala Yumi kelihatan seperti robot lelaki yang tersenyum.

Yumi adalah robot rumah pertama yang dikeluarkan oleh Omate. Ia juga adalah robot pertama di dunia menggunakan AI dengan Amazon Alexa bermula dari bawah. Nampaknya, Alexa bakal menjadi platform yang sangat popular dan mungkin banyak lagi akan megikuti jejak langkahnya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas