Connect with us

Oh! Media

(Video) Pemandu Kereta Tersepit Selepas Pencangkuk Kren Melanggar Bumbung Kereta

727abb7a aadd 444e a9f3 082f2a4f61a9jpeg

Umum

(Video) Pemandu Kereta Tersepit Selepas Pencangkuk Kren Melanggar Bumbung Kereta

Tular di media social dimana sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna merah dilihat remuk. Dikatakan yang kejadian berlaku malam tadi di Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) malam tadi dimana kereta tersebut dihimpap pecangkuk kren yang melanggarnya dari belakang.



Pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) telah memberitahu yang kejadian tidak ada kaitan langsung dengan pembinaan yang berlangsung disitu sebab kerja-kerja pembinaan tidak dijalankan sejak kelmarin lagi. Hasil siasatan mendapati bahawa bahagian depan pencangkuk kren melanggar bumbung kereta tersebut.

IKLAN

Dikatakan juga yang pemandu terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba kerana tersepit di dalam kereta. Sehingga kini, pemandu kren itu tidak membuat laporan selepas mendapati tidak memberhentikan kenderaan semasa kejadian.



Malang tidak berbau gais, walaupun kita memandu dalam keadaan yang berhati-hati tapi benda lain pula yang jadi. Menurut Bernama, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan ditempat kejadian. Semoga kita sentiasa dilindungi, Amin. 
 Kredit: Bernama
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas