Oh! Negara
Norman KRU Kini Ahli Seumur Hidup Bersatu, Sahut Seruan Tun M!
Pada

Seruan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar orang Melayu bersatu disambut oleh selebriti tanah air, Datuk Norman Abdul Halim atau Norman KRU yang membuat keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ahli seumur hidup.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya dalam laman Facebook miliknya, hari ini.
“Setelah Tun (Dr. Mahathir Mohamad) mempelawa orang Melayu supaya bersatu, Datuk Norman Abdul Halim telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Bersatu seumur hidup kepada saya hari ini,” katanya hari ini.
Sumber: Sinar Harian
