Connect with us

Oh! Media

Norhizam Diterima Perikatan Nasional Melaka. Mengaku Jadi Barua?

Oh! Negara

Norhizam Diterima Perikatan Nasional Melaka. Mengaku Jadi Barua?

Sangat lantang bersuara, tidak kira rakyat mahupun sesiapa yang menghalang tugasnya, pasti dia akan bersuara dengan tegas! Siapa tidak kenal dengan seorang ADUN Pengkaan Batu, Melaka iaitu Datuk Norhizam Hassan Baktee ini.

ADVERTISEMENT

Selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, ini adalah kenyataan terbaru daripada beliau. “Saya mengaku saya jadi barua”. Itulah pengakuan yang dikeluarkan sendiri oleh beliau yang turut mengatakan dia tidak pandai berbohong dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.




Petang tadi sebenarnya telah diadakan sidang media peralihan kuasa Kerajaan Melaka yang kini menjadi milik Perikatan Nasional selepas Pakatan Harapan hilang majoriti membentuk kerajaan dan Norhizam terpaksa menyokong demi memikirkan nasib orang Melayu katanya.

Saya bertindak demi kepentingan orang Melayu yang mana saya sudah bekerja keras, mereka kata nak berkhidmat tapi saya tengok saya jadi barua saja. Bila hati dan jiwa raga saya serahkan (kepada kepimpinan sebelum ini), ini yang berlaku. Saya kecewa, jadi saya balik ke pangkuan. Saya harap barisan kepimpinan kerajaan baru tak kecewakan rakyat. – Jelasnya.

Norhizam yang yang berada di dalam DAP sebelum ini tidak ingin memberikan apa-apa komen bila ditanya mengenai kedudukannya bersama parti itu dan bersedia menerima segala kemungkinan.

OHMEDIA: JADI APA PENDAPAT KORANG? JIKA DILIHAT DARI APA YANG DIKATAKAN, NAMPAK BENAR DIA BEKERJA KUAT SEMATA UNTUK RAKYAT DAN PERIKATAN NASIONAL TURUT DILIHAT MENERIMANYA DENGAN HATI TERBUKA.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas