Connect with us

Nilai Hartanah Kampung Baru Mencecah Sehingga RM6 Juta

Oh! Politik

Nilai Hartanah Kampung Baru Mencecah Sehingga RM6 Juta

Ohmedia sebelum ini pernah terfikir juga, berapa agaknya nilai satu lot tanah di Kampung Baru yang terletak betul-betul di tengah Kuala Lumpur. Jadi hari ni kita dah dapat mengetahui nilainya apabila pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa jangkaan nilai satu lot tanah membolehkan kira-kira 20 unit rumah mampu milik berharga RM300,000 setiap unit. Pergh, kalau macam tu lebih kurang RM6 juta juga lah.

Kenapa agaknya harga ini tiba-tiba dikeluarkan? Untuk pengetahuan korang, pihak kerajaan bakal mengemukakan tawaran menarik untuk membeli tanah milik penduduk di Kampung Baru dalam satu pertemuan pada 21 September nanti dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad turut berkata bahawa kerajaan memerlukan RM6 bilion hingga RM10 bilion dalam usaha untuk menjadikan penempatan Melayu moden.

Sekarang Kampung Baru memiliki lebih 5,000 orang pemilik yang dianggarkan melibatkan kira-kira 800 lot tanah di keluasan 81 hektar yang telahpun diwartakan sebagai kawasan Malay Agricultural Settlement (MAS).

Jadi, jika ianya dibeli dan dibangunkan kerajaan, Khalid telah memberi jaminan bahawa harga hartanah disitu tidak akan mengikut nilai pasaran semasa dan tidak akan setinggi nilai hartanah di sekitar KLCC dan TRX, ini bagi memastikan ia dapat dimilikiki oleh orang Melayu memandangkan tanah di situ hanya dihadkan untuk pembeli orang Melayu sahaja.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top