Connect with us

Oh! Media

Negeri Kelantan Bakal Menerima 5 Projek Dari Kerajaan Persekutuan

Oh! Negara

Negeri Kelantan Bakal Menerima 5 Projek Dari Kerajaan Persekutuan

Negeri Kelantan bakal menerima beberapa projek yang akan diteruskan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan bakal memberi pembangunan baharu kepada Kelantan.

ADVERTISEMENT

Antara projek yang bakal diterukan adalah pembikinan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3, menarik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, membuka laluan baharu Pasir Puteh – Machang – Jeli, Leburhraya Kota Bharu- Kuala Krai dan Jambatan Palekbang – Kota Bharu.


Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkata, kajian bagi pelaksanaan LPT3 sedang dilaksanakan dan KKR juga mempertimbangkan mengenai kajian terkini berhubung lebuh raya bertol, manakala JKR Kelantan pula memuktamadkan penjajaran serta skop kerja untuk Fasa 1 cadangan laluan baharu Pasir Puteh – Machang – Jeli.

Keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lima projek berkenaan adalah selaras dengan Tonggak Ketiga Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), iaitu ‘mewujudkan pembangunan wilayah yang seimbang.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas