Connect with us

Nazim Othman Tidak Sangka Demam Semasa Buat Ujian Saringan Covid-19

Oh! Artis

Nazim Othman Tidak Sangka Demam Semasa Buat Ujian Saringan Covid-19

Siapa jer tak berdebar ketika melakukan ujian saringan Covid-19 untuk memastikan sama ada kita terkena jangkitan wabak virus itu ataupun tidak. Fuh! Nampak menakutkan betul bila tengok ‘stick’ tu masuk dalam mulut dan hidung kan?


Baru-baru ini, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman memuatnaik satu posting di Instagramnya, @nazimothman melakukan ujian saringan secara drive thru di salah sebuah hospital. Korang tengok video Nazim dekat bawah ni okay.



Saya ini ada anxiety. Bagi orang macam saya yang ada sejarah kena serangan panik, benda-benda macam ini sangat menakutkan. Bila satu tahap ada berita-berita menakutkan, ia jadi satu keadaan yang tak menyelesakan. Saya tak boleh tidur malam, tutup mata, tapi tak tidur sampai pagi, berhari-hari. Jadi, bila tak tidur sistem imunisasi badan akan turun, walhal dalam keadaan sekarang kita kena jaga imunisasi badan. Jadi, atas dasar itu juga saya ambil insiatif buat ujian saringan. Alhamdulillah, saya bebas daripada virus itu. Walaupun saya bebas sekarang, tetapi saya perlu sentiasa terus berhati-hati, menjaga kebersihan, ambil langkah berjaga-jaga, pakai topeng muka, cuci tangan dan jaga jarak sosial.

Mana tak risau apabila badan kita mengalami demam semasa melakukan ujian saringan kan. Fuh, nasib baiklah keputusannya negatif! Jadi, Ohmedia nak pesan dekat korang semua supaya kekal duduk di rumah untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 ni.

OHMEDIA: KITA PASTI MENANG!

Sumber: Instagram | Youtube

+ Baca respon pembaca sayang Malaysia di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top