Connect with us

Oh! Media

Nasi Lemak Tersenarai Dalam 100 Makanan Tradisi Terbaik di Dunia

Oh! Lifestyle

Nasi Lemak Tersenarai Dalam 100 Makanan Tradisi Terbaik di Dunia

Nasi Lemak yang merupakan kebanggaan rakyat Malaysia dan antara makan tradisi Malaysia akhirnya kini mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai dalam 100 hidangan tradisional terbaik di dunia dalam Taste Atlas.

ADVERTISEMENT

Taste Atlas juga mengatakan bahawa “No other dish in Malaysia is as famous as nasi lemak”.

Untuk pengetahuan korang, Taste Atkas merupakan satu laman yang menyenaraikan semua jenis makanan dan minuman di seluruh dunia beserta gambar dan perkongsian destinasi menarik untuk mencuba setiap jenis makanan yang popular.

Laman ini juga menyenaraikan beberapa restoran yang terbaik yang mampu menghidangkan makanan yang terbaik untuk didapatkan.

Dalam senarai hidangan 100 teratas itu, Malaysia tergolong sama dengan 99 makanan lain termasuk sushi dan sashimi dari Jepun, som tam dari Thailand dan itik peking dari China.

Menariknya, kari laksa dan char kuetiau juga berada dalam senarai tetapi dikreditkan ke Singapura.

Makanan lain seperti satay turut diberikan kredit kepada Indonesia.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas