Connect with us

Oh! Media

Nama Muhammad Adib Diabadikan di Tugu Peringatan Fallen Heroes ABPM

41545400876 tbbombajpgjpg

Umum

Nama Muhammad Adib Diabadikan di Tugu Peringatan Fallen Heroes ABPM

Nama Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang meninggal dunia Isnin lalu akibat kecederaan parah setelah diserang perusuh, diabadikan di Tugu Peringatan Fallen Heroes, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah.

Komandan ABPM Wilayah Tengah, Md Ali Ismail berkata, peletakan nama Adib adalah simbol bagi pengorbanan dan perjuangan untuk setiap anggota bomba.

“Beliau bagaikan wira kepada kami yang berjuang hingga ke akhir nyawa. Justeru itu, nama Adib sentiasa terpahat di hati semua rakyat Malaysia terutama kami yang menyarung uniform yang sama dengan beliau.

IKLAN

“Tugu peringatan ini juga menjadi tanda ingatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Akademi bahawa jasa mereka yang terkorban sentiasa dikenang selamanya,” katanya

Sehingga hari ini, tugu peringatan itu merekodkan nama 23 anggota bomba yang terkorban ketika bertugas di seluruh negara sejak 1993.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas