Connect with us

Oh! Media

Najib Terima Kunjungan Sahabat Sejati & Terima Troll Dari Lawan Sejati

Ohmedia najib kawan lawanpng

Oh! Negara

Najib Terima Kunjungan Sahabat Sejati & Terima Troll Dari Lawan Sejati

Malam tadi, selepas selesai urusan dan mendapat keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkongsi satu gambar di Facebook rasminya dengan menunjukkan kehadiran sahabat sejatinya.

Saya ada tetamu lewat malam tadi. Tidak perlulah saya mengulas panjang. Sahabat sejati bukan sahaja mereka yang bersama ketika susah atau senang. Tetapi juga mereka yang sentiasa mendoakan kita. Sahabat yang sejati sukar ditemui. Jika di sisi, saya hargai dan saya tahu itulah anugerah Allah SWT. – Luahnya.

Sahabat sejati yang dimaksudkan ini adalah rakan seperjuangan dari parti PAS iaitu Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Datuk Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Haji Takiyuddin Haji Hassan dan Ahli Jawatankuasa Kerja, Ustaz Haji Mohd Khairuddin Aman Razali.




Dalam posting terbaru, Najib Razak turut berkongsi yang menunjukkan parti Pakatan Harapan (PH) telah membuat troll untuk Najib dengan memakan Super Ring selepas keputusan mahkamah dikeluarkan semalam.

IKLAN

Seronok juga tengok satu PH troll saya dengan Super Ring setelah keputusan mahkamah semalam. Saya troll satu PH kerana kerajaan mereka tumbang. Itu dah pasti. Satu PH troll saya sebab saya seorang bakal ke penjara. Itupun belum pasti lagi kerana masih ada proses rayuan dan point-point kita amat kuat. Satu kerajaan PH banding saya seorang. Kiralah saya dah untung. – Katanya.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas