Connect with us

Oh! Media

Najib, Rosmah Beri Keterangan Berhubung Rakaman Audio SPRM

untitled2bdesign2b252832529png

Oh! Negara

Najib, Rosmah Beri Keterangan Berhubung Rakaman Audio SPRM

Pagi tadi kira-kira jam 11.40 pagi, Datuk Seri Najib Razak, Bekas Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor baru saja memberi keterangan di Bukit Aman. Mereka dikatakan tiba di Bukit Aman melalui pintu belakang pada jam 10.15 pagi kerana dipercayai ingin mengelak dari dikesan media-media yang ingin menemubual.

Tiga siasatan dikatakan telah dijalankan ke atas mereka berdua kata Timbalan Pengarah Jabatan (Siasatan/Perundangan) Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faradalathrash Wahid. Ia membabitkan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 218 Kanun Keseksaan kerana perbuatan penjawat membentuk rekod atau bertulis yang tidak betul bagi melindungi seseorang daripada hukuman dan Sekysen 203A Kanun Keseksaan kerana perbuatan penjawat awam mendedahkan siasatan rasmi kepada pihak yang tak sepatutnya.

Katanya juga ketika dihubungi Berita Harian, pihak mereka sedang meneliti rakaman percakapan yang dibuat sebelum menentukan tindakan yang selanjutnya. Mereka juga berkemungkinan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Rosmah jika ada keperluan.

IKLAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun mendedahkan 20 individu yang terbabit dalam 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Berhad termasuklah Najib dan juga Rosmah pada 8 Januari lalu.

Sumber : Berita Harian

OHMEDIA : JIKA SESEORANG ITU DISABITKAN KESALAHAN,  MEREKA HARUSLAH MENERIMA BALASAN.

+ Baca respon pembaca Najib, Rosmah beri keterangan di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas