Connect with us

Oh! Media

Najib Agihkan Ais Krim Percuma Sempena PRK PD

Oh! Lifestyle

Najib Agihkan Ais Krim Percuma Sempena PRK PD

Orang ramai yang datang mengundi di hadapan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson hari ini berpeluang menikmati 132 kon ais krim yang diberikan secara percuma.

ADVERTISEMENT

Aktiviti amal yang dilaksanakan oleh Warigh Aiskrim itu bertujuan menghargai petugas badan beruniform termasuk petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 
pengamal media dan para pengundi sepanjang hari mengundi hari ini.

Menurut pengusahanya, Khairul Najib Asarulah Khan, 27, pemberian aiskrim yang bermula dari pukul 11 pagi itu diberikan kepada semua individu yang datang ke kiosknya yang beroperasi di luar pekarangan SK Port Dickson.

“Program kebajikan ini juga salah satu usaha pihak kami dalam menghargai penduduk sekitar Port Dickson yang merupakan lokasi kami beroperasi.

“Untuk maklumat, kami baru memulakan perniagaan pada awal bulan ini dengan memberi perkhidmatan katering aiskrim, jualan ais krim di lokasi pelancongan sekitar daerah ini dan menjadi pengedar dan pembekal ais krim cedok khususnya termasuk kon aiskrim,” katanya.

Sementara itu. tambah Khairul Najib, pihaknya akan terus mengadakan pemberian amal sebegini pada masa akan datang.

“Selain itu, kami juga ingin mempromosi dan menggalakkan mana-mana penjaja untuk menjadi duta kecil kepada syarikat kami untuk menjana pendapatan tambahan di lokasi perniagaan mereka sama ada di hadapan sekolah atau kaki lima jalan,” katanya.

Najib juga merupakan salah seorang daripada peserta program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE 5.0) 2018 dan usaha ini dilihat dapat memajukan lagi semangat cinta akan berniaga dikalangan belia negara. Semoga maju jaya dan harap dapat teruskan pemberian amal ini.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas