Connect with us

Oh! Media

Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Timang Anak Sulung!

Ohmedia nadzmiardelljpg

Oh! Artis

Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Timang Anak Sulung!

Tadi Ohmedia baru jer cerita tentang Tomok dan isterinya mendapat cahaya mata ketiga. Kali ini giliran pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana pula. Wah! Seronok betul tengok artis dapat anggota keluarga baru pada tahun ini.


Alhamdulillah, pasangan ini mendapat cahaya mata sulung pada hari ini jam 2.22 pagi. Berita gembira itu telah diumumkan menerusi Instagramnya, @nadzmiadhwa.

IKLAN

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tidur tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik-baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini, 5 June 2020, Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam. Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih, sayu, gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana. Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.


Ramai pengikut dan rakan artis turut mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi sulung itu. Kalau nak tahu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019. Ohmedia tak sabar nak tengok wajah anak sulung diorang ni.

OHMEDIA: TAHNIAH NADZMI DAN ARDELL!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas