Connect with us

Oh! Media

Twitter Oh! Media Kongsi Kisah Hidup Seorang Mustafa Kemal Ataturk

Oh! Negara

Twitter Oh! Media Kongsi Kisah Hidup Seorang Mustafa Kemal Ataturk

Hari ini di Twitter kami @ohtweet telah berkongsi satu kisah yang mungkin jarang diceritakan kepada kita sekarang. Seorang pemimpin yang merupakan presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Ataturk pernah menggegarkan dunia Islam.

ADVERTISEMENT



Dalam sejarah dunia, dia dianggap sebagai bapa pemodenan Turki moden yang mana namanya sangat dibanggakan dan diberikan gelaran “Ataturk” yang bermaksud bapa orang Turki. Dia merupakan pembawa sekularisma di Turki.

Namun, jika dilihat sejarah dari sudut pandangan lain Ataturk adalah seorang yahudi yang menyamar menjadi seorang Islam untuk menghancurkan Islam itu sendiri dari dalam. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menghapuskan pemerintahan khalifah Islam yang dibubarkan secara rasmi pada 3 March 1924.

Dia sengaja menjauhkan nilai-nilai agama dari kehidupan rakyat Turki yang selama ratusan tahun dinaungi cahaya Islam. Seorang pengkhianat agama yang tidak dapat kita bayangkan kejahatannya.



Ayahnya, Ali Riza, adalah seorang pengawal di jabatan kastam manakala ibunya bernama Zubayde seorang wanita yang amat taat dalam menjalankan agama.

Menurut H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul “al-Zi’bu al-Aghbar” telah menulis:

Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.



Nak tahu apa yang terjadi dan bagaimana kisah ini berakhir sehingga mayatnya tidak diterima bumi? Banyak lagi muslihat dan pendedahan yang korang boleh ikuti melalui thread Twitter di atas (klik di sini).

Semoga apa yang dikongsikan menjadi tauladan dan pengajaran terbaik buat semua.

Sumber: @ohtweet

+ Baca respon pembaca yang minat dengan sejarah negara Islam di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas