Connect with us

Oh! Media

Mungkin Inilah Asus ROG Phone 3 Yang Bakal Dilancarkan!

Umum

Mungkin Inilah Asus ROG Phone 3 Yang Bakal Dilancarkan!

Sebelum ini Qualcomm mengesahkan bahawa terdapat beberapa smartphone akan menggunakan chip flagship dari mereka dan diantaranya adalah Asus ROG Phone 3. Namun setakat ini tiada official release bagi smartphone gaming ini memandangkan acara Computex 2020 dibatalkan secara rasmi akibat pandemik.

ADVERTISEMENT
Sumber gambar dari XDA Developer

Namun reka bentuk dan spesifikasinya sudah tertsebar melalui laman web TENAA. Jika nak dibandingkan dengan reka bentuk Asus ROG Phone 2, ia lebih kurang sama. Dikatakan smartphone gaming ini akan menggunapakai Snapdragon 865 yang disokong dengan RAM sebesar 16GB serta storage sebesar 512GB.

Untuk kamera, Asus ROG Phone 3 ini menggunakan 61+13 MP sebagai kamera utama dan 13MP untuk kamera bahagian hadapan. Paparannya pula menggunakan AMOLED 6.59 inci yang dijangkakan mempunyai refresh rate screen sebesar 120Hz dimana 6,000mAh hadir sebagai sokongan dengan pengecasan USB-C.

Sumber gambar dari GizmoChina

Dijangkakan bahawa Asus ROG Phone 3 akan menggunakan Android 10 untuk sistem operasi. Berdasarkan carian Ohmedia, flagship smartphone gaming ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Julai akan datang. Setakat ini, tiada lagi harga rasmi dikeluarkan, namun jangkaan harga boleh mencecah hampir Rm4,000 berdasarkan harga Asus ROG Phone 2 sebelum ini.

OHMEDIA: BOLEH TAHAN SPEC YANG DITAWARKAN PADA ASUS ROG PHONE 3 NI. NAMUN INI JANGKAAN SAHAJA. OFFICIAL KENA TUNGGU PELANCARAN SMARTPHONE NI BULAN JULAI NANTI.

Kredit: Android Authority | Gadgets 360 | Qualcomm | TEENA

+ Baca respon pembaca Asus ROG Phone 3 yang bakal dilancarkan di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas