Connect with us

Oh! Media

“Padanlah Allah Dah Bagi Bala Kepada MAS”

Umum

“Padanlah Allah Dah Bagi Bala Kepada MAS”

ADVERTISEMENT
Setelah berpuluh-puluh tahun MAS berbakti, tapi sejak kebelakangan ini banyak tragedi ngeri menimpa MAS. Bermula dengan kehilangan pesawat MH370 dan MH17 dan seterusnya pelbagai lagi isu yang mengaitkan syarikat penerbangan ini. 
Sebagai orang Islam, pastinya melihat sesuatu musibah yang berlaku ada sebab dan hikmah disebaliknya. Mungkin puncanya daripada kita sendiri samaada kita sedar atau tidak. 
Berikut merupakan pengalaman yang dikongsikan oleh Kamaruzaman Jaffar semasa dalam perjalanan dari London ke Kuala Lumpur.

“Flight Malaysia Airlines MH 1, 21 Jun 2015 10.00 mlm dari Heathrow London ke KLIA. Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja Beer percuma….beer, beer, beer!
Aku heran bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan mintak restu dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas MAS jaja pulak air setan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah..aku tak heran kalau yg minum tu bukan Islam…lantaklah mereka nak minum banyak mana tapi yg aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu dibaris 49…memang Melayu …cakap Melayu, minta beer, aku kira umurnya sekitar 16 atau 17 tahun, paramugari bukan Melayu tu tanya…betul ke awak ni lebih 18 tahun, budak tu jawab ya….makan dihulurkannya satu tin beer…dengan bangganya budak setan ni meneguknya…waktu tu dah lps waktu subuh…memang harus x puasa orang musafir tapi janganlah minum air setan ni dpn penumpang lain yg ramai Islam. Selepas itu dibaris 50….ada 3 perempuan..Melayu semua, dua x bertudung, sorang bertudung, umur rasanya sekitar 21, seorang dpdnya turut minta beer, tshirt tertera nama universiti di UK…biasa aja dia meneguk benda tu. 
Aku hairan kalau undang2 negara kita jelas melarang penjualan arak/ minum arak kpd orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat demikian, takkan dia x tahu penumpang tu Islam. Senarai nama ada ditangannya.
Padanlah Allah dah bagi balak kpd MAS, tahun lalu. Beberapa ahli parlimen minta amalan bagi beer percuma ni dihentikan…tetapi MAS buat pekak…
Renungkanlah…kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga walaupun ruginya berbillion….tetapi kalaulah ia terus sombong tunggulah masanya balasan Allah…..”

 Perkongsian melalui FB Kamaruzaman Jaffar

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas