Connect with us

Oh! Media

Munafik 2 Juga Bakal Memasuki Pasaran Hong Kong Dan Vietnam

Umum

Munafik 2 Juga Bakal Memasuki Pasaran Hong Kong Dan Vietnam

Kejayaan filem Munafik 2 meraih kutipan RM40 juta selepas 17 hari tayangan disifatkan pengarahnya, Syamsul Yusof sebagai pencapaian yang bukan hanya membanggakan diri, tetapi juga industri perfileman Melayu.

ADVERTISEMENT

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. Ketika minggu pertama filem ini mencatat kutipan hebat, saya terus demam. Alhamdulillah, apabila kembali sembuh, saya dimaklumkan pula Munafik 2 mendapat RM40 juta sepanjang 17 hari tayangan.

Syamsul berkata, kejayaan Munafik 2 juga membuktikan filem mampu menjadi medium kepada mereka yang mencari ilmu dan bukan menyajikan hiburan kosong semata-mata.

“Selain Indonesia, kami juga merancang memasuki pasaran Hong Kong dan Vietnam. Mengenai kutipan, saya hanya berserah kepada rezeki,” katanya.

Munafik 2 yang juga filem ke-40 terbitan Skop Productions Sdn Bhd turut mencipta sejarah apabila mencatat RM3.6 juta pada hari pertama tayangan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas