Connect with us

Oh! Media

Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Gantikan Mujahid

ohmedia2bsenarai2bmenteri2bkabinetpng

Oh! Negara

Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Gantikan Mujahid

Sebentar tadi baru sahaja selesai pengumuman secara langsung senarai Kabinet oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan apa yang menarik perhatian semua adalah tidak ada sebarang pelantikan Timbalan Perdana Menteri di mana empat orang Menteri Kanan dilantik bagi membantu pentadbiran Perdana Menteri.

Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menarik perhatian apabila dilantik menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan ini adalah satu petanda yang baik.




Jika korang masih ingat, jawatan ini telah dipegang oleh Dato’ Seri Dr Mujahid Yusof sebelum ini dan Ohmedia yakin banyak perubahan akan dilakukan di bawah bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

IKLAN

Dr Zulkifli sebelum ini sudah banyak menjawab bermacam-macam isu dan rakyat lebih senang mendengar semua jawapan yang dikeluarkannya.

Sumber: RTM

+ Baca respon pembaca yang ikuti pengumuman kabinet di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas