Connect with us

Oh! Media

MU Akhirnya Layak Ke UEFA, Lord Lingard Muncul Hero

Oh! Lifestyle

MU Akhirnya Layak Ke UEFA, Lord Lingard Muncul Hero

Impian Manchester United untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan tercapai selepas menewaskan Leicester City 2-0 semalam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium King Power menyaksikan tuan rumah memiliki beberapa peluang pada separuh masa pertama untuk menghasilkan jaringan.

ADVERTISEMENT




Boleh dikatakan skuad kendalian Solksjaer menerapkan permainan bertahan sehingga melakukan sedikit kesilapan. Bersambung separuh masa kedua, Bruno Fernandes berjaya mencetak gol pertama MU menerusi sepakan penalti pada minit ke-71. Bekas pemain MU yang kini beraksi untuk Leicester, Johnny Evans dibuang padang apabila menerima kad kuning kedua selepas mengasari Scott Mctominay.

Pemain tengah England, Jesse Lingard muncul hero selepas menjaringkan gol kedua MU pada minit ke-98. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan gol pertama Lingard dalam saingan liga musim ini. Keputusan ini meletakkan MU di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.






OHMEDIA: MU BERJAYA MELAKUKAN COMEBACK DARI TANGGA KELAPAN LIGA UNTUK LAYAK KE UEFA CHAMPION LEAGUE MUSIM DEPAN







+ Baca respon pembaca MU akhirnya layak ke UEFA, Lord Lingard muncul hero di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas