Connect with us

Oh! Media

MRSM Tidak Boleh Kutip Yuran Selagi Tidak Dibuka

mrsm bentong fb 140119 1jpg

Oh! Negara

MRSM Tidak Boleh Kutip Yuran Selagi Tidak Dibuka

Berita baik untuk adik-adik yang kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) apabila pihak kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan bayaran yuran termasuk bayaran caruman sepanjang penutupan berikutan wabak pandemik Covid-19.

Penangguhan bayaran ini akan dilakukan sehingga sekolah berasrama penuh kembali dibuka dan ia diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tidak perlu (bayar) selagi tak dibuka, MRSM tidak boleh mengutip apa-apa bayaran termasuk caruman dan sebagainya sehingga dibuka baru dibayar kerana tiada pembelajaran. Mana-mana ibu bapa yang sudah membayar sebelum ini, tindakan seterusnya akan diambil pihak pengurusan MRSM. – Katanya sewaktu sidang media semalam.

Persoalan ini dijawab apabila ibu bapa telah mempersoalkan bayaran setiap bulan yang dikenakan ke atas pelajar MRSM selama 11 bulan.

IKLAN

Macam mana pula dengan bayaran yuran oleh pelajar-pelajar di institusi lain? Diharapkan langkah yang sama diambil memandangkan pelajar-pelajar kini hanya perlu menjalankan pelajaran dari jarak jauh sahaja.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang masih perlu bayar yuran pengajian di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas