Connect with us

Oh! Media

MPS Lapor Polis Peniaga PR & Ebit Lew Berjaya Jumpa Pakcik Jagung

Umum

MPS Lapor Polis Peniaga PR & Ebit Lew Berjaya Jumpa Pakcik Jagung

Macam-macam cerita yang kita dengar hari ini mengenai isu video viral menunjukkan beberapa orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang yang bertengkar bersama seorang peniaga jagung.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru pihak MPS telah memaklumkan yang mereka telah membuat laporan polis mengenai perkara itu yang mendakwa telah diprovokasi seorang penjaja ketika petugas mereka berada di Pasar Selayang Jaya.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad yang memaklumkan penguatkuasaan dilakukan selepas mendapat aduan ada beberapa penjaja berniaga tanpa lesen.

Ketika pemeriksaan dilakukan, kami dapati beberapa penjaja tanpa lesen berniaga di sekitar pasar itu. MPS kemudian mengeluarkan tiga kompaun dan arahan sita terhadap tiga peniaga terbabit. Bagaimanapun, anggota penguat kuasa MPS berdepan provokasi oleh seorang daripada peniaga berkenaan yang menjual jagung ketika tindakan sita dijalankan. Peniaga itu yang juga pemegang kad pemastautin tetap (PR) gagal memberikan kerjasama dan melakukan provokasi serta menimbulkan kekecohan ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan.

Namun, peniaga itu tetap berdegil dan meneruskan aktiviti perniagaan. Sebagai pemegang kad PR, dia tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Bilangan 20/2020. – Jelasnya.

Dalam perkongsian lain, Ustaz Ebit Lew turut bertindak pantas pergi berjumpa pakcik berkenaan dan memberikan bantuan kepadanya.

Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS dapat membantu pakcik ini. Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan rm1ribu dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pakcik ni sebak dan tak ingin yang lain-lain. – Kongsi Ebit Lew.




Kredit: Berita Harian | Ebit Lew

+ Baca respon pembaca yang lihat video yang tersebar di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas