Connect with us

Oh! Media

Persoalan Terjawab! Mira Filzah Sahkan Sudah Bergelar Tunang Orang Bersama Wan Emir

Oh! Artis

Persoalan Terjawab! Mira Filzah Sahkan Sudah Bergelar Tunang Orang Bersama Wan Emir

Satu lagi berita yang akan membuat hati para lelaki hancur. Kalau tadi Ohmedia ada naikkan artikel tentang Rossa yang mengakui sudah mempunyai kekasih hati, kali ini ada ura-ura mengatakan pelakon popular Mira Filzah pula sudah bertunang. Betul ke ni?

ADVERTISEMENT

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sudah bertunang pula. Ini bukan mimpi sebab perkara ini disahkan sendiri oleh Mira Filzah yang menyatakan telah bertunang bersama jejaka pilihan hati. Siapa tu?

Jejaka itu bernama Wan Emir Astar yang dikatakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tugas-Tugas Khas, Datin Mastura Mohd Yazid.

Status sekarang dah bertunang. Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal.

Insya-Allah, memandangkan kerajaan pun sudah membenarkan jumlah tetamu untuk majlis perkahwinan adalah 250 orang, tentunya saya akan sediakan tempat untuk rakan-rakan media. Apa-apa pun, saya akan maklumkan sekiranya semuanya sudah siap sedia. – Jelas Mira.

Itulah kisahnya gais! Maaflah sebab Ohmedia pun tak perasan pula yang Mira ni dah ada kekasih. Sebelum ini memang ada khabar angin kata Mira dengan Emir, tapi tak sangka pula ia benar.

Apa-apapun semoga hubungan yang akan dibina ini menjadi kenyataan dan kekal hingga ke Jannah hendaknya. Tahniah Mira dan Emir.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang minat dengan Mira Filzah di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas