Connect with us

Oh! Media

Miliki iPhone 6s Tanpa Faedah Dengan UMobile

Umum

Miliki iPhone 6s Tanpa Faedah Dengan UMobile

ADVERTISEMENT
Syarikat telekomunikasi UMobile telah memperkenalkan pelan pemilikan telefon pintar iPhone yang dikenali sebagai UPackage dengan memberikan pengguna alternatif terbaik untuk anda yang ingin memiliki Apple iPhone 6s dengan lebih murah dan pelan pascabayar yang terbaik di pasaran.
UPackage ini menyediakan pelan bayaran bulanan tanpa sebarang faedah bagi iPhone anda selain pelan data dan suara iPlan dengan harga yang sangat berpatutan. Anda kini sudah boleh memiliki telefon pintar Apple iPhone dengan bayaran bulanan serendah RM 188.00 sebulan untuk pembelian peranti dan pelan data. 
Selain itu, dengan pelan UPackage ini, pelanggan juga boleh memilih mana-mana iPlan yang hadir dengan panggilan percuma dan kuota internet yang lebih bernilai.
Pelan UPackage ini ditawarkan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar UMobile, bagi pelanggan pascabayar syarikat telekomunikasi yang lain, anda juga boleh membeli iPhone melalui pelan UPackage ini namun dengan beberapa syarat seperti berikut :
Bagi pelanggan dari syarikat telekomunikasi yang lain, anda boleh memilih untuk mengekalkan nombor lama dan beralih ke U Mobile atau mendaftar talian baru dengan U Mobile Walaubagaimanapun, pelanggan mesti menyertakan bil (3) bulan yang sudah dibayar dari syarikat telekomunikasi masing-masing.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas