Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Mikrofon Rafizi Ramli Dirampas Ketika Berucap Tentang GST di UIA

Umum

(Gambar) Mikrofon Rafizi Ramli Dirampas Ketika Berucap Tentang GST di UIA

RENTETAN PERISTIWA

SIKAP TIDAK PROFESSIONAL SECURITY UNIT UIA


Malam tadi diadakan Talk berkenaan GST yg dijadualkan berlangsung di Main Audi UIA bermula 8malam..

Program
yg telah mendapat kelulusan pihak atasan uia bagaimanapun dibatalkan
apabila sampai ke peringkat rektor uia atas sebab yg tidak diketahui
(namun sudah jelas mengapa).


Talk ini dijadualkan disampaikan oleh Saudara Rafizi Ramlidari PKR dan Saudara Lokman mewakili Kastam Malaysia..

Pihak
rektor uia sndiri telah memberi keizinan utk membawa masuk sebarang
ahli politik dari luar menyampaikan talk dgn syarat beliau hendaklah
mempunyai kelayakan bercakap ttg topik tersebut.


So agak pelik disitu.Mengapa dibatalkan ?

Program
diadakan juga atas sokongan dan usaha SRC IIUM (tahniah utk mereka
terutama presiden sahabat saya Hanif Mahpa) dan student2 uia yg
dahagakan ilmu dan memperjuangkan kebebasan berakademik yg digembar
gembur pihak universiti selama ini.


Sr
Rafizi sampai agak lambat(faham2 la nak seludup bukan senang).Maka
majlis dimulakan dulu oleh saudara lokman menerangkan serba sedikit ttg
GST.Entah betul entah tidak..selama 15minit.


Guard uia kelihatan di setiap sudut namun tidak menimbulkan sbarang provokasi.

Kemudian
Sr.Rafizi sampai disambut dgn sorakan semua student y hadir.Beliau
mengambil tempat ahli panel.Guard uia kelihatan sedikit resah dgn
kehadiran beliau.Muka masing2 telah tertulis (dah sekat sana sini..camne
leh seludup masuk ni)..


Kemudian akhirnya kelihatan seorang wakil security bercakap dgn wakil src di belakang.Suasana sedikit tegang.

Akhirnya
seorang security datang ke saudara lokman dan meminta memberhentikan
ucapan.Suasana semakin tegang.Student2 telah mula bersorak meminta
security jgn masuk campur.


Akhirnya
setelah didesak.wakil security tersebut telah mengumumkan telah
menerima arahan atasan(?) Bahawa hanya PENCERAMAH KERAJAAN SAHAJA
DIBENARKAN BERUCAP.Disambut dgn boo oleh semua y hadir..


Lalu saudara lokman (of kos la kerajaan) memberi cadangan bahawa kedua2 mereka tidak bercakap supaya adil(?) ..

Lalu saudara rafizi mengambil mikrofon dan berkata.

“Hai.. Org kerajaan dh bercakap 15minit..xkan saya tak boleh bercakap langsung”

Disambut sorakan org ramai.

Lalu
pihak src meminta security membenarkan Sr. rafizi berucap
sebentar.Guard kelihatan amat resah dan seorang dripadanya merakam
setiap butir percakapan rafizi.


Selang 8-9minit berucap.. Kelihatan seorang y sy percaya security uia dtg ke tengah dgn wajah garang..mendekati saudara rafizi.

Dan
!! Beliau merampas mikrofon dipegang rafizi dgn kasar..lalu bermulalah
rusuhan org ramai.. Bersorak membantah tindakan kebudak budakan security
tersebut sebelum saudara rafizi sempat berkata dgn lantang “mana adab
di depan pelajar pelajar”..


Kelihatan
suasana amat tegang.. Diiringi boo dan sorakan dri hadirin y hadir..
Semua amat berang kerana majlis diganggu security uia yg menerima arahan
org atas y bimbang periuk nasi terjejas.


Kata security,

“Saya
hanya menyampaikan dari top management kepada ketua saya untuk
sampaikan, yang wakil kerajaan boleh berucap.. tetapi saudara Rafizi
tidak boleh..”


Student melaung beramai-ramai bertanya,

“ARAHAN SIAPA??”

“Ketua saya Superitendan Razali”

“SIAPA TOP MANAGEMENT?”

“Kamu sendiri tahu siapa top management..”

Itu
sebelum tiba-tiba datang 3 orang security, seorang daripadanya memeluk
rafizi dengan lengannya, kemudian merampas microfon dengan sangat kasar
dan biadap di hadapan semua student.


(Bateri microfon yang tercabut masih lagi di tangan saya)

Satu soalan,

“Siapa top management?”

Akhirnya
setelah beberapa siri ala2 rusuhan.. Presiden src berucap meminta semua
bertenang dan bersurai..nmun berjanji akan tetap memperjuangkan
kebebasan berakademik di uia..


****

Habis program saya berjumpa Presiden SRC, saudara Hanif Mahpa,

“Tahniah SRC!! Jangan risau, kalau ada apa-apa lepas ni.. kami ada..”

Jawab beliau,

“Terima kasih.. Allah ada..

****

Itu
belum cerita pergaduhan kecil saudara Adam menunjukkan tangannya kepada
Rafizi di meja makan selepas program, dan keluar dengan penuh carutan.


Oh, itu kisah lain.

Kempunan lah nak tahu ulasan pasal GST dari kedua-dua belah pihak.

Tahniah kepada SRC dan pihak penganjur!! Selamat memperjuangkan kebebasan akademik!!!

Saya
dgn ini mengutuk sekeras kerasnya sikap tidak professional admin uia yg
lidah bercabang.. Sekejap bagi sekejap cancel..dan sikap security uia
yg amat tidak professional.


Hidup Mahasiswa !!

ADVERTISEMENT

Sumber: Email yang dikirimkan kepada Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas