Connect with us

Oh! Media

Mereka Pun Belajar, Jadi Apa Masalahnya? Luah Seorang Penggiat Khat

Oh! Negara

Mereka Pun Belajar, Jadi Apa Masalahnya? Luah Seorang Penggiat Khat

Sumber : New Malaysian Post

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu yang ditimbulkan oleh 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 Anggota Dewan Undangan Negeri mendesak pemimpin parti yang berada kerajaan untuk menolak rancangan memperkenalkan tulisan “khat” atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

ADVERTISEMENT

Hari ini, salah seorang pemimpin DAP, Lim Lip Eng mengeluarkan pandangan menyamakan tulisan khat seperti menyapu tahi lembu di muka sendiri. Setelah mendapat kecaman, Lip Eng bagaimanapun memadam hantarannya itu di Facebook.

Bertindak dari itu, seorang penggiat seni khat di Malaysia dengan nama Facebook Abu Hazieq mempersoal golongan yang takut dan sangat anti dengan seni dan tuisan khat. Berdasarkan hantaran Facebook berkenaan, beliau merupakan tenaga pengajar sambilan di USM Pulau Pinang, untuk kursus Seni Khat di bawah program Kokurikulum USM dari tahun 2012.

Dalam hantaran berkenaan, beliau turut menyatakan kursus berkenaan turut diikuti oleh pelajar berbangsa Cina bermula dari 2012 sehingga kini dan dakwanya, bilangannya semakin bertambah untuk semester baru ini.

Sumber : New Malaysian Post

Sumber : New Malaysian Post

Sumber : New Malaysian Post

Beliau turut berkongsi beberapa gambar pelajar berbangsa Cina yang mengikuti kursus berkenaan. Tambahnya, hasil tulisan mereka sangat cantik dan mampu menyaingi hasil tulisan pelajarnya yang berbangsa Melayu.

Abu Hazieq mendakwa selalu bertanya mengapa mereka ambil kursus ini. Pelajar berbangsa Cina berkenaan memberitahu bahawa mereka sendiri yang ingin mempelajari seni ini kerana menganggap tulisan ini unik dan berseni.

Sumber: New Malaysia Post 

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas