Connect with us

Merdeka Tahun Ini Tak Best Macam Tahun Lalu?

Oh! Politik

Merdeka Tahun Ini Tak Best Macam Tahun Lalu?

Hari ini, negara kita Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan Ke-62 tahun dan sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ada meluahkan apa yang dirasainya. Tun Mahathir menyatakan sambutan kemerdekaan tahun ini kurang menggembirakan jika dibandingkan sambutan pada tahun lalu.

Tun Mahathir merasakan ini berikutan tahun lalu, rakyat menyambut kemerdekaan dengan semangat penukaran kerajaan dan tahun ini agak berbeza apbila rakyat sedang melihat dan menilai adakah pilihan mereka menukar kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan, tepat ataupun tidak.

Merdeka tahun ini, sentimen lain. Tahun lepas rakyat seronok merayakan kemerdekaan selepas kejayaan menukar kerajaan. Tapi tahun ini rakyat menunggu keputusan daripada pilihan mereka, tetapi untuk menunaikan semua manifesto PRU14, ia bukanlah tugas mudah, katanya.

Tun Mahathir juga mengakui yang rakyat mengharapkan perubahan dan janji manifesto ditunaikan. Akan tetapi perkara itu memerlukan masa untuk dilaksanakan selepas baru mengetahui hutang negara mencecah RM1 trilion.

Masa itu kita tidak ada maklumat penuh berkenaan keadaan kewangan negara, berapa wang yang dimiliki kerajaan. Tidak tahu negara berhutang RM1 trilion. Kita sedar rakyat mengharapkan perubahan dan janji manifesto ditunaikan, tapi perkara itu perlukan masa untuk dilaksanakan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk penuhi semua manifesto, tapi kerajaan tidak ada duit untuk beli sokongan rakyat, katanya.

Jadi, apa pandangan korang dengan tampuk kepimpinan kerajaan baharu? Bagi Ohmedia, tidak kiralah apa pun yang berlaku, kita perlu menjaga keamanan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini. Jangan biarkan permainan politik beberapa pihak berjaya menjadikan negara kita kaau bilau dan tidak tenteram. Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

To Top