Connect with us

Oh! Media

Menteri Katakan Dia Tidak Pernah Tahu Pula Elaun Parking RM5,700 Wujud

ohmedia2belaun2bmenteripng

Oh! Negara

Menteri Katakan Dia Tidak Pernah Tahu Pula Elaun Parking RM5,700 Wujud

Baru-baru ni, kecoh di media sosial membincangkan elaun yang dimiliki menteri-menteri yang dilihat terlalu berlebihan. Ada juga pihak yang berkongsi keratan akhbar yang menunjukkan elaun menteri ini mencapai sehingga RM37,650 yang terbahagi kepada empat jenis elaun.

Disebabkan itu, ia telah mendatangkan rasa tidak puas hati rakyat, lagi-lagi bila elaun rakyat biasa pula yang ingin dipotong.

Dalam gambar yang dikongsikan ini, kita dapat melihat keratan akhbar ini telah berkongsi jumlah gaji dan elaun yang viral di internet dimana gaji pokok RM14,907, elaun keraian RM10,500, elaun perumahan RM10,800, elaun wakil rakyat RM10,650, elaun parking RM5,700.

IKLAN

Bagaimanapun, perkongsian ini mendapat perhatian menteri Saifuddin dimana ia mengatakan maklumat yang dikongsikan tidak benar dan merasakan elaun untuk parking sehingga RM5,700 tidak masuk akal. Individu itu kemudiannya memadam perkongsian terbabit kerana bimbang menyebarkan info yang tidak tepat.

Jadi apa pula pandangan korang dengan perkara ini? Samaada betul atau tidak, diharapkan pihak kerajaan tidak mengurangkan lagi pendapatan yang dimiliki rakyat yang sudah dalam kesempitan ekonomi sekarang ni.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas