Connect with us

Oh! Media

Khairy Rasakan Menteri Lain Sepatutnya Undur, Bukan Maszlee

Oh! Negara

Khairy Rasakan Menteri Lain Sepatutnya Undur, Bukan Maszlee

Panas betul isu ini dan rata-rata orang terkejut dengan keputusan yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan, YB Maszlee yang mengumumkan peletakan jawatannya dari kementerian itu.

ADVERTISEMENT



Ramai pihak nampaknya menunjukkan rasa sedih dengan keputusan itu dan ada juga yang tidak menyokong untuk YB Maszlee melepas jawatan berkenaan. Bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin atau KJ turut menyatakan pandangannya terhadap perkara ini.

Ini merupakan keputusan yang sukar. Awak memegang portfolio paling sukar dalam kerajaan dan mustahil melihat perubahan drastik dalam masa kurang dua tahun. Saya fikir ada menteri-menteri lain yang sepatutnya pergi. – Kata KJ.

Dalam pada itu, KJ turut mengakui perubahan dan pembaharuan positif yang telah dilakukan Maszlee dalam kementerian dan mendoakan yang terbaik buat Maszlee.

Semalam, sebelum Maszlee melakukan pengumuman peletakan jawatan, beliau sempat melakukan lawatan ke SK Setiawangsa, Kuala Lumpur untuk meraikan pelajar yang telah memulakan sesi persekolahan 2020.

A post shared by Maszlee Malik (@maszlee) on



+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas