Connect with us

Oh! Media

Menteri Kewangan Ugut Pemaju Turunkan Harga Rumah

mof lge1jpg

Oh! Negara

Menteri Kewangan Ugut Pemaju Turunkan Harga Rumah

Turunkan harga rumah atau kerajaan akan menarik balik pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diberikan kepada sektor pembinaan jika pemaju tidak mengurangkan harga perumahan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata di bawah regim Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini, sektor pembinaan dikenakan cukai enam peratus termasuk menyewa dan bil utiliti dalam sektor komersial dan industri, namun kini semunya sudah dikecualikan daripada cukai.

IKLAN

“Justeru kita berharap pemaju dapat membalas semula pengecualian SST yang diberikan kerajaan ini dengan mengurangkan harga rumah, katanya.

“Jika tidak saya terpaksa untuk menimbang semula pengecualian yang diberikan kerana kita mahu melihat harga rumah turun.

“Saya juga tidak mahu penjimatan yang diraih daripada pengecualian SST ini diterjemahkan kepada penambahan pakej-pakej tertentu di dalam perumahan, sebaliknya saya lihat mahu harga dikurangkan,” katanya lagi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas