Connect with us

Oh! Media

Menteri Israel Beri Amaran Kepada Hamas

Umum

Menteri Israel Beri Amaran Kepada Hamas

Seorang menteri kanan Israel memberi amaran kepada gerakan Hamas kononnya ia akan melancarkan operasi besar-besaran ke atas Genting Gaza.

ADVERTISEMENT

Beliau dengan angkuh turut menyatakan rejim Tel Aviv sentiasa bersedia dengan tindakan ketenteraan seumpama itu.

“Biar saya nyatakan dengan jelas. Tempoh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar semakin suntuk. Akan ada satu lari kempen ketenteraan di Gaza,” kata Menteri Perumahan dan Pembinaan, Yoav Gallant ketika Persidangan Diplomatik Jerusalem Post, semalam.

Retorik itu dibangkitkan susulan keganasan terbaharu yang menyaksikan rejim Zionis melancarkan serangan udara ke atas wilayah Gaza dan meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa dan mencederakan beberapa lagi dalam tempoh 48 jam pada minggu lalu.

Bagi meredakan konflik itu, Hamas mengumumkan gencatan senjata dan dipersetujui Knesset hingga mencetuskan rasa tidak puas hati bekas Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman yang bertindak meletak jawatan.

Sumber: Press TV

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas