Connect with us

Oh! Media

Mengejutkan – AirAsia Saiyan Gugurkan Kesemua Pemain Terbaik Malaysia

Umum

Mengejutkan – AirAsia Saiyan Gugurkan Kesemua Pemain Terbaik Malaysia

Pasukan e-sukan terbaik Malaysia dalam Mobile Legend iaitu AirAsia Saiyan hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan berikutan akan menggugurkan kesemua pemain mereka seperti Ahmad Fuad(Fredo), Mohd Farid(Soloz), Herwin(Rush), Andi Alfian(Gripex), Abdul Wandi (Logan) dan Sofian(Penjahat). Pengurus pasukan tersebut iaitu Ben Kian Jin (Jinzy) turut dilepaskan.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanpun, ASYN turut mengatakan ia bukanlah pengakhiran buat mereka dan akan merancang untuk masa depan pasukan tersebut.

Keputusan ini diambil kerana setiap pemain telah menyuarakan rasa tekanan bermain untuk satu pasukan yang berjenama besar. Ada juga pemain yang akan memfokuskan kepada strim langsung dan akan berehat, kata pengurusnya Jeffery Chan.

Nampaknya ini satu berita yang mengejutkan bagi semua peminat dan penyokong pasukan ASYN dan apa agaknya yang akan berlaku kepada pasukan ASYN selepas ini. Berikut merupakan kenyataan rasmi dari AirAsia Saiyan.

[Kenyataan Rasmi]

Secara rasminya, kami ingin mengumumkan bahawa Fredo, Soloz, Rush, Gripex, Logan dan Penjahat akan dilepaskan dari roster rasmi AirAsia Saiyan bermula hari ini. Dengan itu, pengurus pasukan Jinzy juga akan dilepaskan dari organisasi ASYN.

Sejak bermulanya AirAsia Saiyan, roster di atas telahpun aktif menyertai banyak kejohanan dan pertandingan di Asia Tenggara seperti MPL Season 1, Mobile Legends Southeast Asia Cup, Mobile Star League dan MPL Season 2.

Namun, dengan berakhirnya MPL Season 2 Playoffs, permain-permain ASYN ingin berehat daripada menjadi permain professional esports buat semetara waktu, selepas memberi usaha sepenuhnya untuk sesi 2018. Pihak pengurusan ASYN menghormati kehendak mereka, dan sejurusnya memberi perlepasan penuh daripada kontrak mereka dengan ASYN.

Namun begitu, pihak ASYN tidak akan meninggalkan esports Mobile Legends Malaysia. Kami berkomited, dan akan kembali dengan berita dan pengumuman mengenai rancangan kami untuk roster baharu ASYN dalam masa terdekat

Dengan itu, kami ingin memberi ucapan terima kasih kepada roster ASYN 2018, dan agar mereka dapat berjaya dalam kerjaya mereka di masa depan. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan #padu.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas