Connect with us

Oh! Media

Memorandum Persefahaman Piagam Muafakat Nasional UMNO PAS Ditandatangani

Oh! Negara

Memorandum Persefahaman Piagam Muafakat Nasional UMNO PAS Ditandatangani

Hari ini, Himpunan Penyatuan Ummah telah berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur dan telah dibanjiri ramai pengunjung dan penyokong UMNO dan PAS. Perhimpunan pagi tadi juga telah berjaya menandatangani memorandum persefahaman Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai diantara UMNO dan PAS.

ADVERTISEMENT

Kedua-dua parti inii akhirnya bersetuju untuk membentuk satu kerjasama bagi membawa neratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya yang dilihat merupaka paksi kestabila politik, keharmonian kaum dan kesejahteraam negara.

Ini Ohmedia kongsikan kandungan yang terdapat Piagam Muafakat Nasional terababit.




Dengan izin Allah SWT, sesungguhnya UMNO dan PAS dengan setulus hati mengisytiharkan pembentukan suatu Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk. Maka dengan ini, UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan untuk:

1. Menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan negara, Islam sebagai agama Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum lain, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta menjamin kepentingan masyarakat majmuk terpelihara.

2. Memperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang membabitkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

3. Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

4. Membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

5. Mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baharu untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas