Connect with us

Oh! Media

“Memang Ada Ancaman Ke Atas Saya” – Kata Datuk Ayob Selepas Berjaya Membanteras Sindiket PATI

Umum

“Memang Ada Ancaman Ke Atas Saya” – Kata Datuk Ayob Selepas Berjaya Membanteras Sindiket PATI

Ketegasan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan dalam membenteras sindiket penyeludupan PATI menyebabkan beliau menerima beberapa ancaman daripada kumpulan sindiket PATI. Baru-baru ini Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay telah berjaya menahan lebih 20 pegawai dan anggota agensi penguatkuasa di negeri Johor termasuklah pegawai kanan polis, pegawai ATM dan pegawai Imigresen yang bersekongkol dengan kumpulan sindiket berkenaan.

ADVERTISEMENT

Namun Datuk Ayob menyifattkan bahawa perkara berkenaan adalah lumrah bagi anggota penguatkuasa. Beliau tegaskan bahawa beliau sesekali tidak akan tunduk dengan ancaman yang diterima bahkan akan memperhebatkan operasi untuk mengekang kegiatan sindiket penyeludupan PATI. Beliau menjelaskan ancaman yang diterima termasuklah menerusi WhatsApp, mesej dan Facebook.

Sumber gambar dari Nestia

Untuk info, Datuk Ayob Khan sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman yang berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) sebelum dilantik menjadi pemangku Komisioner Polis. Antara kejayaan yang pernah dilakukan adalah menggagalkan 24 rancangan pengganas dan menahan 457 suspek militan termasuk 131 orang dari 21 negara sebelum ini.

OHMEDIA: LEBIH BANYAK POLIS MACAM DATUK AYOB NI, MAKA LEBIH AMANLAH MALAYSIA!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Datuk Ayob terima ugutan di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas