Connect with us

Oh! Media

MB Negeri Sembilan Tegur Penjawat Awam Sarapan Jauh Dari Pejabat

Oh! Negara

MB Negeri Sembilan Tegur Penjawat Awam Sarapan Jauh Dari Pejabat

Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini telah membuat satu teguran kepada segelintir pejawat awam di Negeri Sembilan agar tidak membuang masa semasa waktu bekerja.

ADVERTISEMENT

Ini selepas Aminuddin melihat budaya melepak sehingga sanggup keluar jauh dari pejabat semakin merisaukan dan ada antara mereka yang pergi minum di sebuah kedai di Kuala  Pilah walaupun bekerja di Seremban.

“Ada yang minum sampai di Kuala Pilah, pagi-pagi lagi sudah sampai di sana. Bukan saya tak tahu tapi perbetulkanlah budaya itu. Begitu juga (kedai) di depan Pejabat Pendidikan di sini ada yang duduk sampai setengah hari.

“Ubahlah budaya itu, sebagai penjawat awam kita telah berjanji dan angkat sumpah untuk menjalankan tanggungjawab tetapi masih ada budaya negatif ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penutup Persidangan Pegawai Pengawal 2019 di sini hari ini.

Oleh itu, jika perkara ini telah dibendung, kerjaan yang baru dibina selam lapan bulan itu akan tercalar kerana rakyat dan pembangkang akan sentiasa melihat dan ini juga akan memberi kesan kepada perkhidmatan sehinggakan berlaku kelewatan pegawai dan agensi kerajaan dalam menyalurkan peruntukan serta bayaran bagi projek yang dirancang untuk manfaat rakyat.

“Jika kita masih mengekalkan cara lama dengan menunggu arahan lanjut bagi melaksanakan tugasan yang sememangnya termaktub dalam tugasan hakiki kita, sesungguhnya kita adalah insan yang lemah dan tidak pernah berubah.

“Sikap ini tidak lagi boleh diterima kerana perkara sedemikian akan menyebabkan perkhidmatan kepada rakyat tergendala dan menjejaskan mutu perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Aminuddin memberitahu, beliau bersikap terbuka dan sedia menerima sebarang teguran termasuk kritikan negatif terhadap pentadbirannya.

“Saya baca di Facebook, WhatsApp, saya berhadapan dengan semua orang, ada yang marah saya, kata lembap. Macam-macam.

“Saya tidak pernah marah, itu perkara biasa bagi seorang pemimpin. Saya ambil semua teguran dan jadikannya kekuatan untuk memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.

Sumber: Utusan

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas