Connect with us

Oh! Media

Maya Karin Berlakon Filem Hollywood

Umum

Maya Karin Berlakon Filem Hollywood

Korang nak tahu tak? Pelakon filem Munafik, Maya Karin happy gila sebab dia dapat peluang untuk berlakon dalam filem Hollywood yang bertajuk Alone dengan barisan pelakon yang lain macam Donald Sutherland dan Tyler Posey. Ya lah, bukan senang pelakon Malaysia nak lebarkan sayap ke antarabangsa tau.

ADVERTISEMENT

Maya ada memberitahu yang dia bekerja dengan pengarah dan penerbit yang profesional iaitu Johnny Martin. Untungnya Maya, sis berharap dia dapat rezeki yang melimpah ruah seperti pelakon Bollywood, Priyanka Chopra. Amin.

“Apabila eksekutif Hollywood Innovation Group menyuarakan hasrat meminta saya menyertai pasukan produksi mereka di sini, saya rasa bertuah kerana dipilih tanpa perlu menjalani uji bakat.

“Walaupun sebabak, berada dalam suasana baharu, dikelilingi kru profesional dan dapat bertukar idea dengan ramai karyawan di sini termasuk pengarah Alone, menyemarakkan semangat.

“Kepercayaan mereka dianggap permulaan baik untuk saya terus mencari ruang di Hollywood. Apatah lagi, sepanjang minggu ini saya turut dipertemukan dengan beberapa produser dan pengarah lain.

“Sebelum ini, saya tak terfikir boleh sampai di Hollywood. Malah, tidak pernah terdetik mencuba nasib atau menghadiri uji bakat. Mungkin sekarang tepat pada waktunya,” katanya.

Kalau korang nak tahu Maya berlakon dalam filem Alone sebagai watak apa, sebenarnya dia membawa watak sebagai saintis Malaysia yang bernama Dr. Zulaikha. Fuyoo. Sis sebagai rakyat Malaysia amat bangga dengan Maya Karin tau.

Hollywood Innovation Group telah bersungguh untuk mengundangnya sebagai langkah permulaan bagi memperkenalkan negara kita, Malaysia sebagai tempat pelancongan melalui dengan tarikan filem dan juga destinasi bertaraf antarabangsa untuk pelancong akan datang.

“Saya difahamkan, tahun depan HIG bakal menjalin usaha sama dengan produksi ini untuk filem aksi berlatarkan seni mempertahankan diri yang bakal ditayangkan di Amerika Syarikat (AS).

“Boleh dikatakan, saya umpama duta kecil. Ini kerana ada dalam kalangan penerbit yang ditemui bertanya mengenai negara kita. Semuanya kerana sebelum ini, beberapa filem antarabangsa pernah menggunakan Malaysia sebagai lokasi latar,” katanya.

Maya sekarang ni tengah shooting di sana, kemungkinan dia akan pulang ke tanah air pada bulan depan kerana dia nak menyelesaikan beberapa urusan berkaitan dengan kerjayanya di Amerika Syarikat termasuklah untuk selesaikan shooting sebuah program kapsul travelog.

Kalau korang nak tahu pelakon Sutherland ni adalah pemenang trofi Oscar dan manakala Posey pula ialah pelakon muda daripada Teen Wolf. Dah lah diaorang ni berlakon dalam filem yang sama dengan Maya Karin. Bestnya!

Maya berkata, walaupun dia tak sama babak dengan Sutherland and Posey sebab dia hanya berlakon satu babak je dalam filem Alone tu tetapi Sutherland and Posey ni mudah mesra dengan orang dan sangat peramah.

“Sebenarnya, babak saya adalah antara kerja penggambaran terakhir selepas lebih 25 hari produksi bermula. Namun, saya masih sempat ke set untuk diperkenalkan dengan Sutherland dan Posey.

“Pada hari terakhir, sekali lagi saya dan Posey bekerja dalam studio di mana dia menyiapkan babak adegan lasak. Ini membolehkan kami berbual seketika,” kongsi aktres berdarah campurkan Melayu-Jerman itu.

Tambahan pula, wah dah macam tulis karangan pula ada penanda wacana. Hahaha Martin ni dah ada pengalaman selama tiga dekad dalam industri perfileman Hollywood. Dia mengaku yang Maya ni ada potensi untuk pergi lebih jauh dan dia ada melihat usaha dan kesungguhan Maya walaupun terima skrip dua hari sebelum shooting.

“Saya mengenali Maya ketika pelancaran hotel milik Paramount di Bali, Indonesia, dua tahun lalu. Ketika itu, saya dan HIG nampak potensinya. Apabila dia dapat ‘terbang’ ke AS dan bersama kami, itu bermakna hajat kami sudah direalisasikan.

“Maya beri komitmen penuh biarpun masih keletihan dan ‘jetlag’. Babak membabitkan Maya hanya satu, tetapi skrip panjang hingga lima muka surat,” kata pengarah dan bekas pelakon lagak ngeri itu.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas