Connect with us

Oh! Media

Mawar Rashid Pilih Imej Bertudung Sepanjang Ramadhan

Oh! Artis

Mawar Rashid Pilih Imej Bertudung Sepanjang Ramadhan

Alhamdulillah, Ohmedia suka betul bila tengok artis perempuan Malaysia memilih untuk bertudung untuk menghormati di bulan mulia ini. Kali ini giliran Mawar Rashid pula tampil dengan imej berhijab. Cantik sungguh gais!

ADVERTISEMENT



Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid yang berusia 25 tahun itu telah mengambil keputusan dan masih dalam proses untuk merasai pengalaman dan belajar memakai hijab.

Morning all. Rasa macam nak cuba pakai tudung lah untuk bulan Ramadhan tahun ni..first time nk mencoba ni..Besok pun dah nak masuk bulan Ramadhan.. dah nak puasa dah kiteee. Selamat menunaikan ibadah puasa semua! Kat rumah ni kekurangan tudung, boleh tak korang tag kedai tudung yang lawa-lawa and kedai baju yang stylo-stylo untuk hijabista gituww. Support sikittt! Comment “You can do it Mekwa!”

Ohmedia harap selepas tamat bulan Ramadhan ini, masih ada lagi artis untuk terus kekal berhijab sampai bila-bila. Semoga mereka terus beristiqamah! InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: CANTIKNYA MEKWA PAKAI TUDUNG!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca suka tengok artis pakai tudung di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas