Connect with us

Oh! Media

Maut Tersepit Van Yang Dipandu Menggelongsor

ohmedia ajal dihimpit tiangjpg

Umum

Maut Tersepit Van Yang Dipandu Menggelongsor

Allah dah tetapkan ajal setiap manusia dan masing-masing punya bahagiannya sendiri. Malang menimpa seorang pembantu am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Norazam Abd. Razak yang meninggal dunia serta-merta petang semalam di Komplek MAIM, Bukit Palah, Melaka.

Mangsa yang berusia 43 tahun itu dikatakan hendak memasuki van yang dipandunya jenis Ford Econovan yang diletakkannya di lobi utama bangunan berkenaan. Van yang telah dihidupkan dan diletakkan gear Neutral itu walaubagaimanapun menggelongsor dan mengheret mangsa hinggalah tersangkut di antara van dan sebatang tiang konkrit.

IKLAN

Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian dada dan di bawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Kami di OhMedia mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Moga ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Ayuh kita semua muhasabah diri dan sentiasa mengingatkan diri yang mati itu pasti bila tiba waktunya. Moga kita semua memperoleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

– Kredit gambar untuk Harian Metro.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas