Connect with us

Oh! Media

Mat Som 2 Bakal Diterbitkan Selepas 32 Tahun

Umum

Mat Som 2 Bakal Diterbitkan Selepas 32 Tahun

Bila sebut sahaja kartunis Lat, semua orang akan mengenali beliau yang merupakan salah seorang kartunis tersohor yang telah menciptakan komik yang menemani masa kecil kita dahulu sebelum kemunculan teknologi canggih.

ADVERTISEMENT

Terbaru, kartunis terkenal tanah air, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat bakal menerbitkan Mat Som 2 pada tahun ini selepas 32 tahun sejak penerbitan Mat Som edisi pertama pada tahun 1989.

Mat Som edisi pertama yang diterbitkan pada 1989

Memetik laporan Harian Metro, Lat yang kini berusia 70 tahun telah pun menyiapkan sebanyak 150 halaman muka surat yang bersaizkan A5 bagi novel grafik berkonsepkan komik itu setakat ini.

Mat Som 2 bakal dilancarkan pada tahun ini serentak dengan pembukaan Galeri Rumah Lat yang dianggarkan berlangsung pada julai ini di Batu Gajah, Perak.

Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat optimis untuk menerbitkan Mat Som 2

Selama ini saya sering beritahu orang lain bahawa komik itu hampir siap namun ia tidak juga siap walaupun sudah lama saya mahu menerbitkannya. Sampaikan bila dikenang kembali tarikh saya mula melukis komik itu, timbul perasaan malu pada diri saya sendiri.

Mana tidaknya apabila lepas lukis saya simpan, lepas buat saya simpan. Pulang sahaja ke rumah rasa macam hendak melukis namun sesudah berada di rumah, perasaan malas itu timbul selain kadang-kadang terlupa untuk menyambungnya.

Kartunis karya Kampung Boy itu juga menyatakan bahawa Mat Som 2 menggambarkan tentang kehidupan anak muda dalam lingkungan usia lepasan sekolah yang ingin mencari halu tuju kehidupan di Ibu Kota dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling. Komik tersebut juga diadaptasi daripada kehidupannya secara peribadi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas