Connect with us

Oh! Media

Maszlee Hanya Suruh Tukar Kasut Sekolah Kepada Hitam, Yang Lain Semua OK – Dr Mahathir

Oh! Negara

Maszlee Hanya Suruh Tukar Kasut Sekolah Kepada Hitam, Yang Lain Semua OK – Dr Mahathir

Berikutan dengan tekanan demi tekanan yang dihadapi oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee yang kini ada beberapa pihak meminta agar dia melepaskan jawatan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab ringkas bahawa Dr Maszlee tidak akan digantikan dengan menteri baharu.

ADVERTISEMENT

Ini kerana, Tun M tidak melihat sebarang masalah yang ditimbulkan Maszlee sepanjang memegang jawatan berkenaan. Dakwaan yang mengatakan Dr Maszlee seorang rasis juga tidak benar dan tidak sepatutnya dibangkitkan hanya kerana bercakap soal kaum.


“Saya tak nampak apa masalah dengan Maszlee, cuma beliau suruh tukar kasut sekolah kepada warna hitam sahaja, yang lain semua OK.

“Maszlee patut kekal, sebab dia cakap sedikit berkenaan kaum, tak bermakna beliau rasis. Dalam Pakatan Harapan (PH) kita juga ramai bercakap tentang kepentingan kaum masing-masing…yang Cina cakap fasal Cina, yang Melayu cakap fasal Melayu, yang Kadazan cakap soal Kadazan begitu juga kaum-kaum lain.

“Tetapi mereka semua ialah rakyat Malaysia, kita tak boleh persoalkan bangsa mereka, kaum isu berbeza, kita kena dapatkan sokongan semua, kita cuba dapatkan sokongan Bumiputera memandangkan UMNO dan Pas menggunakan bangsa dan kaum untuk mendapatkan sokongan. Dan kalau kita tidak jelaskan pendirian kerajaan tentang bangsa, saya rasa kita akan kalah pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Dr Maszlee mempersoalkan berkenaan sikap sesetengan syarikat swasta yang meletakkan wajib berbahasa Mandarin untuk diterima bekerja dan juga mempertahankan kuota pelajar bumiputera untuk memasuki Matrikulasi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas