Connect with us

Aduan: Adakah Maxis Menjerat Pengguna Dengan Auto Subscribe?

Umum

Aduan: Adakah Maxis Menjerat Pengguna Dengan Auto Subscribe?

Bayangkan tak pasal-pasal kredit anda ditolak atas sebab melanggan sesuatu yang anda tidak pernah langgan. Mungkin jadi sekali-dua anda boleh tahan lagi tapi bila terjadi lagi dan lagi, anda mengambil keputusan untuk menghubungi pihak Telko dan apa yang mereka boleh bantu hanya membatalkan langganan yang pada awalnya tidak pernah anda minta. Maka hal ini berakhir dengan pihal Telko membuat keuntungan berjuta-juta entah dari berapa juta pengguna yang menerima nasib yang sama dan anda sebagai pengguna berakhir dengan kerugian wang ringgit.

Berikut adalah aduan pengguna yang dihantarkan kepada kami.

“Assalamualaikum Oh! Media, saya nak tnya mengenai isu ini. Saya pengguna Maxis sudah lama, tapi before ni saya sudah beberapa kali benda macam ni iaitu “Auto Subscribe”. Saya sudah call Maxis dan apa yang mereka boleh buat hanya batalkan balik sedangkan sebelum ni sudah banyak kredit saya kena telan.

Saya bukanlah pengguna yang tidak celik IT atau yang tidak tahu-menahu soal langganan semua ni & saya yakin saya tak pernah subscribe apa-apa benda mcm ni. Saya percaya ramai lagi orang di luar sana yang turut terkena tanpa sedari terutama orang-orang yang yang tidak tahu menahu tentang subscribe-subscribe ni. Tahu-tahu dah kena tolak kredit. Saya harap benda ni dapat penjelasan dari pihak tersebut bagaimana ianya boleh berlaku”.

Screenshot yang dikirimkan pengadu

Jadi bagaimana hal ini boleh terjadi? Pihak Maxis harus tampil untuk memberikan penjelasan kerana kami yakin pengadu ini bukan seorang sahaja yang menerima nasib yang sama memandangkan telah banyak kali kita dengar perkara yang sama berlaku sebelum ini melibatkan Telko yang sama.

Adakah ini cara pihak Telko ingin mengaut keuntungan memandangkan pengguna kini sudah tidak lagi menggunakan panggilan dan SMS dan lebih memilih melakukan penggilan melalui internet dan mesej melalui laman sosial sahaja? Anda rasa?

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top