Connect with us

Manchester City Mudah Jinakkan Arsenal Untuk Mengejar Liverpool

Oh! Lifestyle

Manchester City Mudah Jinakkan Arsenal Untuk Mengejar Liverpool

Saingan Liga Perdana Inggeris akhirnya kembali semula selepas 3 bulan berehat akibat pendemik Covid1-19. Perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi adalah pertembungan antara Manchester City dan Arsenal. Perlawanan yang berlangsung di Etihad itu juga menyaksikan kemenangan mudah 3-0 dicatatkan oleh Manchester City.




Gawang Arsenal diuji seawal minit ke-4 menerusi sepakan percuma dari pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne namun berjaya ditepis keluar oleh Leno. Gol yang dicari City akhirnya terhasil pada penghujung separuh masa pertama menerusi rembatan padu dari Sterling selepas David Luiz gagal mengeluarkan bola dengan kemas.




Bersambung separuh masa kedua, City dihadiahkan sepakan penalti selepas David Luiz menjatuhkan Riyad Mahrez di dalam kotak penalti sebelum beliau dilayangkan kad merah. Penalti tersebut berjaya disempurnakan oleh De Bruyne untuk memastikan City selesa 2 gol di hadapan.

City akhirnya melengkapkan malam gemilang mereka apabila menambah gol ketiga menerusi pemain muda, Phil Foden pada minit ke-90. Keputusan ini meletakkan City di tempat kedua liga dan berada 22 mata di belakang Liverpool.

OHMEDIA: NAMPAKNYA MANCHESTER CITY TIDAK MEMBENARKAN LIVERPOOL UNTUK JUARA LEBIH AWAL

+ Baca respon pembaca Manchester City mudah jinakkan Arsenal untuk mengejar Liverpool di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

To Top