Connect with us

Oh! Media

Malaysia Disaran Lakukan Solat Hajat Untuk Etnik Islam Uighur China

muslim uighur 3jpg

Umum

Malaysia Disaran Lakukan Solat Hajat Untuk Etnik Islam Uighur China

Pas mengajak umat Islam di Malaysia melakukan solat hajat selepas Solat Jumaat hari ini bagi memohon bantuan ALLAH menyelamatkan umat Islam Uighur di China dan seluruh dunia amnya.

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, pemimpin negara China melancarkan dakyah propaganda ‘membanteras keganasan’ untuk menghukum umat Islam Uighur di Xinjiang, China.

“Jumlah populasi umat Islam Uighur menjangkau 10 juta orang berbanding 22 juta rakyat di Xinjiang. Mereka etnik minoriti Cina berbahasa ‘Turkic’ (lebih hampir dengan Uzbekistan).

IKLAN

“Segelintir penganalisis geopolitik merujuk Xinjiang sebagai negara Turkistan Timur.

“Laporan PBB juga mendedahkan kira-kira sejuta umat Islam Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia dan masjid-masjid di Xinjiang telah dimusnahkan, katanya

Tambahnya, satu laporan disiarkan oleh Wisconsin Muslim Journal mendakwa kem tahanan umat Islam Uighur disifatkan sebagai ‘horrific sites where fear and physical violence, pyschological trauma and emotional abuse are all available tool’.

“Tidak sekadar itu, mereka juga dianggap sebagai pesakit mental, dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis.

“Lanjutan itu, Pas mengajak seluruh umat Islam di Malaysia bermunajat dan melakukan solat hajat esok selepas Solat Jumaat di seluruh negara.

“Ia untuk memohon bantuan ALLAH bagi menyelamatkan umat Islam Uighur di China khususnya dan di seluruh dunia amnya,” ujarnya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas