Connect with us

Oh! Media

Malaysia Akan Bertindak Balas Jika Eropah Terus Sekat Minyak Kelapa Sawit

Oh! Negara

Malaysia Akan Bertindak Balas Jika Eropah Terus Sekat Minyak Kelapa Sawit

Berikutan dengan diskriminasi dari Eropah terhadap minyak sawit Malaysia, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahwa kerajaan Malaysia tidak akan teragak-agak untuk menghentikan pengimportan barangan tertentu dari Eropah jika perkara ini terus berlaku.

ADVERTISEMENT

Ini kerana, Eropah secara tidak adil telah menyekat kemasukan minyak kelapa sawit negara dan perkara ini dilihat hanya semata-mata ingin menjaga kekayaan ekonomi Kesatuan Eropah, EU sebagaimana yang mereka telah sekat terhadap kemasukan teknologi dari China.

“Kita mungkin terpaksa membalas balik. Jika mereka (EU) tidak membeli minyak kita, kita pun tak payahlah beli barangan mereka (EU),” katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia bukan mahu melancarkan ‘perang’ terhadap barangan dari Eropah kerana masih ada produk dari kesatuan itu yang perlu dibawa masuk, namun ada beberapa barang tertentu akan dibeli dari negara lain kerana Malaysia mempunyai banyak pilihan.

“Kalau kita terpaksa beli pesawat pejuang, kita terpaksalah ambil kira juga pesawat pejuang buatan China. Saya fikir teknologi mereka (China) tidak kurang. Bahkan teknologi China melebihi teknologi Barat sehingga Barat menjadi takut dan tidak benarkan teknologi China masuk ke negara mereka,” katanya.

“Untuk melindungi kekayaan ekonomi mereka (EU), mereka menyekat kemasukan minyak sawit. Mereka sekat kemasukan barangan buatan China, tetapi jika mereka berbuat demikian dan kita akan rugi kerana minyak sawit kita tidak dapat terjual, maka kita akan beli pesawat dari China,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa kenyataannya ini bukanlah bermaksud ingin mempromosikan barangan China, tetapi ingin bertindak balas dengan apa yang dilakukan oleh Eropah.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas