Connect with us

Oh! Media

Malaysia Airlines Pecah Tradisi

51540158635 juruterbangjpg

Oh! Lifestyle

Malaysia Airlines Pecah Tradisi

Malaysia Airlines akhirnya memecah tradisi apabila mengambil kumpulan wanita sebagai juruterbang. Kumpulan berkenaan disertai oleh Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin, Pearl Wendy Mak dan Wang Wen Chien.

Wendy, 50, yang telah menerbangkan pesawat sejak 1993, mengaku mengendalikan pesawat bukan tugas mudah bagi wanita, tetapi katanya, pada era baharu ini, wanita berjaya menembusi sektor yang selama ini didominasi  secara eksklusif oleh lelaki.

Sebelum ini, kebanyakan wanita yang menceburkan diri dalam industri penerbangan hanya berkhidmat sebagai pembantu penerbangan atau staf penerbangan. Persatuan Juruterbang Wanita Antarabangsa menganggarkan bahawa pada 2017, daripada sejumlah 130,000 juruterbang di seluruh dunia, hanya 3,000 atau kira-kira 3 peratus daripada mereka adalah wanita.

IKLAN

Bagi Wang pula, yang menyandang jawatan Pegawai Kedua, cita-citanya untuk menjadi juruterbang mula berputik ketika berusia 15 tahun apabila mengikut bapanya ke sebuah kelab penerbangan di Subang.

Kadet juruterbang bagi kumpulan ini disandang oleh Nur Waie Hidayah, 21,dan telah berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak Disember 2017, mendapat semangat untuk menjadi juruterbang daripada bapanya.

“Saya dibesarkan di Abu Dhabi, tempat bapa saya bertugas. Selepas tamat pengajian peringkat menengah tinggi pada 2013, saya pulang ke Malaysia untuk mengikuti kursus di sebuah sekolah penerbangan di Melaka.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas