Connect with us

Maksud “Zukhrina” Dalam Selawat Solat Tarawih

Umum

Maksud “Zukhrina” Dalam Selawat Solat Tarawih

SOALAN:
Kita biasa mendengar sewaktu Solat Terawih bilal membacakan selawat seperti berikut pada selang dua rakaat:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَحَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَزُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ

Persoalan saya, apakah yang dimaksudkan dengan zukhrina dalam selawat berkenaan?

JAWAPAN:
Dalam kitab Lisan al-Arab (4/320), zakhara al-bahr bermaksud laut itu melimpah dan meluap airnya, seperti mana dalam hadith Jabir bin Abdillah RA:

فَأَتَيْنَا سِيفَ الْبَحْرِ فَزَخَرَ الْبَحْرُ زَخْرَةً فَأَلْقَى دَابَّةً فَأَوْرَيْنَا عَلَى شِقِّهَا النَّارَ فَاطَّبَخْنَا وَاشْتَوَيْنَا وَأَكَلْنَا حَتَّى شَبِعْنَا
“Apabila kami sampai ke tepi pantai lalu laut pun melimpah dengan satu limpahan yang mengeluarkan seekor haiwan besar, lalu kami panggang haiwan itu di atas api, kami masak, kami ambilnya dan kami makan sehingga kenyang.” [Riwayat Muslim (3012)]

Dalam Mu`jam al-Wasit (1/391) disebut bahawa al-zakhir itu ialah seseorang yang memiliki kemuliaan yang tinggi, dan apabila dikatakan fulan `irquhu zakhir, bermaksud seseorang yang membesar dalam kemuliaan dan kepemurahan.

Dalam Qomus al-Muhit (1/399), zakhir itu juga ialah sesuatu yang menggembirakan, dan menjadi kebanggaan.

Justeru, boleh dikatakan terjemahan selawat di atas seperti berikut:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَحَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَزُخْرِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ
“Ya Allah! Kurniakanlah selawat (segala penghormatan dan kebaikan) atas Penghulu, Kekasih, Pemberi Syafaat, Kebanggaan, dan Junjungan kami, Muhammad.”

Ini kerana Rasulullah SAW sememangnya ialah kebanggaan kita umat Islam, yang mengeluarkan kita daripada kehinaan kepada sebaik-baik umat, mencukupkan kita dengan kegembiraan sebagai hamba Allah daripada kerendahan dunia, sesuai dengan nasab keturunan baginda yang mulia dan bangsawan. Wallahua’lam.

Semoga kita dikurniakan kecintaan yang tinggi kepada Rasulullah SAW dan komitmen untuk mengikut jejak langkah Baginda sehingga bertemu dengannya di Hari Akhirat. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top