Connect with us

Oh! Media

Realms Pembuka Filem 2018 Paling Horror & Seram!!

Umum

Realms Pembuka Filem 2018 Paling Horror & Seram!!

Realms adalah filem berbahasa inggeris yang berkonsepkan supernatural horror, telah menggabungkan barisan pelakon dari dua benua iaitu Thailand dan Hollywood. Filem yang berlatarbelakangkan Bangkok, Thailand sepenuhnya telah diarahkan oleh Daric Gates, iaitu pengarah kepada filem “The Appearing”(2014).

ADVERTISEMENT

Trailer


Sinopsis

Kisah bermula dengan dua pasangan perompak iaitu Bobby dan Jewel yang merupakan seorang penagih tegar, telah merompak sebuah bank di Bangkok, Thailand. Oleh kerana ingin melepaskan diri dari pihak berkuasa tempatan, mereka telah membawa dua orang tebusan iaitu Winny dan Earn yang telah berada di dalam bank tersebut sebelum rompakan terjadi.

Chaow pula adalah seorang pemandu Grab yang sedang menunggu untuk mengambil pelanggannya telah terjebak secara tidak langsung apabila dia diacukan pistol di kepalanya oleh Bobby. Sedang aksi kejar-mengejar diantara polis tempatan dengan mereka, berlaku pergelutan antara Winny dan Bobby sehingga membawa mereka kepada satu kemalangan tragis dan menyebabkan mereka tercampak ke dalam sebuah hutan. Earn cedera parah di bahagian paha, manakala Chaow pula cedera di lengan akibat dari pergelutan dalam kereta tersebut.

Bobby yang semakin hilang arah tujuan dan mula bertindak agresif, membawa mereka semua kedalam hutan untuk berselindung dari pihak polis, lalu membawa mereka ke sebuah rumah agam yang terletak didalam hutan tersebut untuk berehat dan meredakan keadaan sehingga larut malam.

Keadaan menjadi semakin huru-hara apabila Earn hilang dari tempat ia disembunyikan, Chaow dan Winny gagal menemui jalan keluar dari tempat itu. Mereka mula merasakan seperti mereka pernah berada di rumah agam tersebut sebelum kejadian ini berlaku. Pelbagai kejadian aneh yang membawa Chaow dan Winny mendapat imbasan memori yang menjadi kunci kepada segala pertanyaan mereka dan rumah agam tersebut.

Adakah mereka dapat merungkai misteri yang terdapat dalam rumah agam tersebut?! Siapakah Winny dan Chaow sebenarnya?! Apa kesudahan tentang kisah percintaan yang telah dilaknat ini?!

Filem Realms akan mula ditayangkan di Malaysia bermula 18 Februari 2018.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas